Durian Tunggal , Melaka-25 Nov: Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah menghantar wakilnya seramai 4 orang untuk menghadiri Mesyuarat Penaja Agong Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka di Kompleks Japerun Dun Durian Tunggal pada malam tadi.2 orang perwakilan tersebut diwakilli oleh saudara Faizal dan saudara Anuar manakala saudara Parmi dan Saudara Harith sebagai pemerhati.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ab. Wahab bin Ab. Latif selaku Pengerusi MAYC Negeri Melaka.Tujuan diadakan mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kepada generasi muda di bawah 40 tahun selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 . Sebelum ini, MAYC Negeri Melaka diterajui oleh peminpin belia yang kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas.
Mesyuarat tersebut berjalan lancar dan teratur.Keputusannya Azman Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Penaja MAYC Negeri Melaka.Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak merasa gembira dengan perlantikan beliau.Walaupun penaja,Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak berharap dengan pengalaman yang beliau ada semasa berada di MAYC Jasin dam MGMB Melaka dapat memimpin MAYC Negeri Melaka menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat negeri Melaka amnya dan Malaysia khususnya.Tahniah pada saudara Azman.
Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak juga mengucapkan terima kasih kepada mantan kepimpinan MAYC Melaka yang lalu kerana telah mengharumkan nama MAYC peringkat negeri Melaka dan Malaysia pada sekian lamanya.Pengorbanan serta perjuangan mantan kepimpinan MAYC Melaka yang telah memertabatkan belia MAYC tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment