Wednesday, December 31, 2008

Mesyuarat Bulanan MAYC Belia Tmn Panglima Pak

Perhatian pada semua ahli jawatankuasa MAYC Tmn Panglima Pak,

Mesyuarat akan diadakan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 04 Jan 2009 (Ahad)

Masa : 09.00 malam

Tempat : Balairaya Tmn Panglima Pak

Sunday, December 28, 2008

Aktiviti Program Awal Muharam Tahun 1430

Merlimau,Melaka-28 Dis.Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak bersama-sama dengan Lembaga Surau Tmn Panglima Pak Rumah Awam Sempang menganjurkan program awal muharam di surau Taman Panglima Pak petang tadi.

Ia bermula pada pukul 6.45 petang dengan dimulakan bacaan surah yasin dan doa akhir tahun.Selepas sembayang maghrib,bermula dengan bacaan surah yasin dan akhir sekali doa awal tahun.Ustaz Shamsir telah jadi imam pada program tersebut.Program ini mendapat sambutan yang baik dari semua lapisan masyarakat beragama Islam.

Salam Tahun Baru Hijrah 1430


Umat Islam wajib melihat keutamaan Tahun Hijrah ini daripada terus membesarkan tahun baru masehi sehingga peringkat kita lupa diri dan jati diri sebagai umat Islam yang beriman.

Kerana Hijrah Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra serta umat Islam Makkah menuju ke Madinah penuh dan sarat dengan peristiwa bersejarah, sarat dengan pengajaran, pengalaman, hikmah dan perintah yang menunjuk jalan-jalan kebenaran dan kemenangan perjuangan umat Islam.

Ia menjadi panduan dan teladan penting kepada umat Islam hari ini hingga hari kiamat.

Hijrah juga bermakna meninggalkan tempat sebagaimana Hijrah Rasulullah saw dan umat Islam Makkah yang telah meninggalkan bumi Makkah tanah tumpah darah menuju ke Kota Madinah.

Hijrah juga membawa maksud meninggalkan perkara yang dilarang Allah kepada melakukan apa yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan.

Hijrah apapun maknanya. Yang teramat besar dalam HIJRAH itu bukan tarikhnya, tetapi pengajarannya kepada umat Islam.

Rasulullah saw, para sahabatnya dan umat Islam Makkah yang berhijrah kali pertama ke Habsyah negeri yang dipimpin Raja An-Najasyi seorang yang bukan Islam, namun kepimpinannya ada nilai keadilan dan peri kemanusiaan. Tidak seperti Abu Jahal dan kabinetnya yang zalim dan kejam ke atas Rasulullah saw, para sahabat dan umat Islam di Makkah.

Hijrah Madinah. Di sinilah sinar baru Islam berkembang ke seluruh dunia. Masjid Quba' diasaskan Baginda Rasulullah saw menjadi tapak asas pendidikan dan dakwah. Hal tersebut termaktub di dalam Al Quran LAMASJIDUN USSISA 'ALATTAQWA...

Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Merupakan langkah kedua Baginda Rasulullah saw melaksanakan misi perpaduan yang termaktub dalam Perlembagaan Al Quran INNAMAL-MUKMINUNA IKHWATUN...

Langkah ke 3, 4, 5, 6 dan seterusnya sudah tersusun rapi ke arah wawasan besar BALDATUN TOIYIBATUN WA RABBUN GHAAFUR...mencipta tamadun ummah yang cemerlang dan gemilang duniawi dan ukhrawi

Ia tercakup dalam Al Quran dan doa umat Islam RABBANA ATINA FID-DUNYA HASANAH WA FIL-AKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABAN-NAAR...

Kesimpulannya, Hijrah memberi pengajaran, pengalaman dan pengajaran kepada umat Islam untuk perubahan dan kebangkitan yang menakjubkan, sebagaimana umat Islam Makkah yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabat mencipta tamadun dunia sungguh hebat sehingga berjaya memerintah dan menyebarkan Islam agama Allah ke seluruh pelusuk dunia. Terbukti Islam merupakan agama yang paling relevan dan lengkap dalam memenuhi kehendak dan menyantuni manusiawi, alam dan persekitarannya.

Wallahu 'alam.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR...


Ahmad Faizal Bin Ahmad Halimi
Pengerusi PBPBTPP

Thursday, December 25, 2008

Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak

Untuk perhatian semua,

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa Penaja Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak mengikut Akta Belia dan Pembangunan Belia 2007 adalah seperti berikut :-


Pengerusi
En.AHmad Faizal Bin Ahmad Halimi

Timbalan Pengerusi
En.Khairul Anuar Bin A.Rahim

Naib Pengerusi (1)
Pn.Nur Haslinda Binti Mohd Rosli Lee

Naib Pengerusi (2)
En.K.V.Manogar A/L Katharasan

Setiausaha
En.Ahmad Hafiidz Bin Ahmad Halimi

Penolong Setiausaha
Cik Norain Binti Musa

Bendahari
EN.Hamizi Bin Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa
Cik Farizah Binti Abu Bakar
En.Mohd Zahari Bin Subuh
En.Mohd Rizal Bin Abu Bakar
En.Mohd Nizam Bin Aziz
En.Paymi Bin Abu Bakar
En.Mohd Harith Bin Seman
Cik Sabariah Binti Muhamad

Mesyuarat Penaja Agong Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka

Durian Tunggal , Melaka-25 Nov: Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah menghantar wakilnya seramai 4 orang untuk menghadiri Mesyuarat Penaja Agong Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka di Kompleks Japerun Dun Durian Tunggal pada malam tadi.2 orang perwakilan tersebut diwakilli oleh saudara Faizal dan saudara Anuar manakala saudara Parmi dan Saudara Harith sebagai pemerhati.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ab. Wahab bin Ab. Latif selaku Pengerusi MAYC Negeri Melaka.Tujuan diadakan mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kepada generasi muda di bawah 40 tahun selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 . Sebelum ini, MAYC Negeri Melaka diterajui oleh peminpin belia yang kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas.

Mesyuarat tersebut berjalan lancar dan teratur.Keputusannya Azman Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Penaja MAYC Negeri Melaka.Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak merasa gembira dengan perlantikan beliau.Walaupun penaja,Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak berharap dengan pengalaman yang beliau ada semasa berada di MAYC Jasin dam MGMB Melaka dapat memimpin MAYC Negeri Melaka menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat negeri Melaka amnya dan Malaysia khususnya.Tahniah pada saudara Azman.

Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak juga mengucapkan terima kasih kepada mantan kepimpinan MAYC Melaka yang lalu kerana telah mengharumkan nama MAYC peringkat negeri Melaka dan Malaysia pada sekian lamanya.Pengorbanan serta perjuangan mantan kepimpinan MAYC Melaka yang telah memertabatkan belia MAYC tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Wednesday, December 24, 2008

Mukjizat disebalik BISMILLAH


"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani . . .

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari
kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh
binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan
pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah
BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka
bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga
neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata:
'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap
huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sama-samalah kita mengamalkannya.

Saturday, December 20, 2008

Pengumuman Perkahwinan 03 Januari 2009

Walimatul Urus

Di jemput Tuan / Puan / Encik / Cik ke rumah majils perkahwinan adalah seperti berikut :-

Norazmi bin Bakri

dengan pasangannya

Masitah binti Md Adnan

Bertempat Di :
JA 1627 Taman Panglima Pak,
77300 Merlimau,
Melaka.

Bertarikh : 03 Januari 2009 (Sabtu)

Sekapur Sirih


Kata-kata aluan dari Pengerusi Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak Merlimau Melaka

Syukur,Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya mengucapkan sepatah dua kata di dalam ruangan ini.


Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli yang telah berjaya membina laman web Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak,Merlimau,Melaka.


Dengan adanya laman web ini, maka dapatlah
Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak,Merlimau,Melaka meluaskan skop aktiviti dan segala yang berkaitan dengan persatuan. Ini merupakan satu kejayaan bagi persatuan belia kami yang mana dapat menggunakan teknologi dan bersama-sama ke arah membentuk masyarakat berilmu.

Sesungguhnya, sebagai pengerusi persatuan ini saya juga mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah sekali lagi kerana dengan adanya laman web ini, ianya dapat mengemaskini dan menyampaikan maklumat berkaitan persatuan secara moden.

Malah diharapkan persatuan ini akan dikenali dan dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat dengan persatuan lain.


Akhir kata, diharap usaha ini akan menjadi pemangkin ke arah yang lebih maju.
Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak,Merlimau,Melaka sentiasa berusaha dan usaha laman web ini merupakan satu anjakan paradigma yang kami cuba lakukan.

Sekian, terima kasih.


AHMAD FAIZAL BIN AHMAD HALIMI


Pengerusi PBPBTPP

Friday, December 19, 2008

Sejarah Penubuhan Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak

Persatuan ini telah ditubuhkan pada 19 Mac 2005 di Balairaya Taman Panglima Pak.Ia adalah diasaskan oleh Saudara Ahmad Faizal dengan dibantu oleh Saudara Anuar,Saudara Hamizi dan rakan-rakan sepejuangan yang lain.Nama Panglima Bersatu dicadangkan oleh Saudara Mohd Fahmirizan.

Tujuan ditubuhkan persatuan ini adalah untuk menjaga kepentingan belia pelbagai kaum di kawasan Taman Panglima Pak.Ini memandangkan belum ada satu pun persatuan belia yang bergiat aktif serta permintaan dari kalangan belia-belia di kawasan ini mahu diwujudkan pertubuhan belia khusus untuk mereka.Dengan adanya persatuan ini ,ia berperanan menjaga kepentingan belia pelbagai kaum yang melangkaui beberapa fasa serta menjadikan pengaruh persatuan ini lebih kukuh ketika memperjuangkan sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan ahlinya.

Diterima menjadi Kelab Gabungan MAYC Daerah Jasin Dan Melaka pada tahun 2005.Seterusnya di peringkat Kebangsaan pada tahun 2006.

Persatuan ini didaftarkan di bawah Pendaftar Pentubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 06 Oktober 2005 yang bernombor pandaftaran Bil 1696-05-8.

Pada tahun 2007, selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 persatuan ini dikehendaki berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia mengikut dengan akta berkenaan.