Saturday, May 2, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA 01 MEI 2009

Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak mengucapkan selamat Hari Pekerja 01 Mei 2009 pada tahun ini kepada seluruh rakyat Malaysia dengan slogan 'Kerana Mu Malaysia Maju'.

BENGKEL PENGURUSAN PERTUBUHAN BELIA MENGIKUT AKTA 668

Segamat,Johor (17 April 2009).MAYC Jasin telah menghantar seorang wakilnya untuk menyertai Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta 668 bertempat di Hotel Villa Segamat,Johor.Bengkel tersebut adalah anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuahan Belia Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Menurut wakilnya iaitu saudara Ahmad Faizal yang juga merupakan Pengerusi Belia Panglima Bersatu,Taman Panglima Pak,Merlimau,Melaka. Penyertaan dalam bengkel berkenaan adalah memperlajari dan memahami Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Pengurusan Pertubuhan Belia mengikut Akta 668 serta Mengurus Kewangan Pertubuhan Belia.

Wednesday, April 15, 2009

GOTONG ROYONG DI BALAIRAYA TAMAN PANGLIMA PAK

Merlimau,Melaka (12 April 2009).Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah mengadakan gotong royong di Balairaya Taman Panglima Pak pada hari ahad lepas.Program ini diadakan bagi membersihkan kawasan dan mengecat Balai Raya serta meracun rumput sekitarnya. Program yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi ini telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari. Kerjasama daripada semua pihak yang turut serta menjayakan program ini diucapkan terima kasih. Sesungguhnya usaha ini amat bermakna dalam usaha kita memajukan lagi Taman Panglima Pak khususnya dan dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli sesuai dengan slogan 'Muafakat Membawa Berkat'.




Saturday, March 7, 2009

Remaja Kita.........

Banyak perkara dalam dunia,
Remaja sering menjadi mangsa,
Sering dikutuk dan dikata,
Apa nak jadi remaja kita,
Macam macam diejek dicerca,
Dimanakah moral mereka,
Bukan aku nak mengumpat dan mengata,
Aku pun remaja juga,
Tahu batas dan susilanya ,
Jangan ikut darah muda seperti kata,

Orang -orang tua,
Banyak hal yang menjadi cerita,
Buang anak ,lepak ,punk ,serta sosial lebih batasnya,
Sikap malu yang ada dicampak kemana,
Sg Wang plaza atau lubok cina,
Peliharalah moral kita,
Adat kita haruslah dijaga,
Bukan buat tatapan orang malaysia sahaja,
Malah satu dunia,
Jangan ikut depa,

Cara depa tak sama dengan cara kita,
Agama mengasuh menjadi insan mulia,
Tingkah laku haruslah dipelihara,
Nilai murni juga haruslah dipelihara,
Hingga ke akhir hayat kita,
Bukan sampai sini sahaja,

Atau menyahut wawasan 2020 pula,
Satu perkara aku nak kata,J
adilah insan yang berguna,
Jangan menyusahkan mak bapak kita,
Dengar nasihat mereka,
Kalau setakat nak jadi kutu,
Tak payah hidup lama-lama,
Menyusahkan KERAJAAN sahaja

Aku taklah sebaik mana,
Setakat jadi manusia ,
Masyarakat masih boleh terima,
Hidup kia sama sahaja,
Tiada beza antara yang telah tiada,
Tiada beza antara papa kedana dan berharta,
Semua ketentuan ALLAH yang maha esa.

Salam Maulidurrasul s.a.w

"Bulan Rabiul Awwal datang lagi, bermakna bulan memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw, rasul pilihan Allah swt untuk ummatnya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya nabi Muhammad saw ini adalah hamba Allah yang bergelar manusia akan tetapi baginda bukan calang2 hamba dan bukan calang2 manusia.

Ianya hamba Allah yang bergelar utusan yang membawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana firmanya :وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Selain daripada Allah swt ia dipanggil alam, maka setiap yang bergelar alam itu berhajat kepada rahmat Allah swt, tanpa adanya rahmat maka tiadanya alam ini maka setidak2nya alam itu mesti disertai dengan rahmat, sesungguhnya nabi Muhammad saw lah orang yang membawa rahmat itu daripada tuhannya. itu menunjukkan bahawa seluruh alam berhajat kepada nabi Muhammad saw.

Kita semua mengakui seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw dan seluruh alam menyayangi Rasullah saw akantetapi sebahagian dari kalangan manusia yang tidak menyayanginya bahkan membenci dan memusuhi baginda sedangkan mereka berhajat kepadanya. itulah sifat manusia yang mempunyai nafsu, adakalanya mereka menjadi syaitan adakalanya mereka menjadi malaikat.

Syaitan dan malaikat ini sebahagian daripada alam juga,maka mereka juga berhajat kepada rahmat yang dibawa oleh rasulullah saw. tapi yang peliknya, walaupun seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw, kenapa ada juga makhluk yang memusuhinya?? adakah logik kita memusuhi orang yang kita hajatinya?? itu sangat pelik...

Sebenarnya, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan nikmat yang dibawa oleh Rasulullah saw?? jawapannya mudah sahaja, iaitu kita mentaati segala perintah dan larangan Allah dan Rasulnya saw iaitu kita berserah diri sebulat2nya maka kita mendapat rahmat yang tersedia itu, sebagaimana sambungan ayat rahmat tadi :قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Sekian, Wassalam. "

Ahmad Faizal Bin Ahmad Halimi
Pengerusi PBPBTPP

Saturday, February 21, 2009

Kursus Asas Membaik pulih Komputer Di Kolej Komuniti Jasin.

Merlimau (21 Feb 2009)-Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah menghantar 2 orang ahlinya menyertai kursus asas membaik pulih komputer di Kolej Komuniti Jasin.

Saturday, February 7, 2009

Gotong Royong Di Surau Tmn Panglima Pak Dan Bangunan KAFA




Gambar di atas semasa buat gotong royong di Surau Tmn Panglima Pak dan Bangunan KAFA

Merlimau (8 Feb 2009)- Lembaga Surau Tmn Panglima Pak bersama dengan Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah mengadakan gotong royong di Surau Tmn Panglima Pak dan Bangunan KAFA di Tmn Panglima Pak pada pagi tadi.Gotong royong ini disertai oleh ahli persatuan belia dan penduduk tmn berkenaan.Program ini bermula pada 08.30 pagi dan berakhir pada 11.00pagi.Kerja gotong royong berjalan dengan lancar.Gotong royong mendapat kerjasama baik dari orang ramai.Menurut saudara Faizal selaku Pengerusi Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak.Tujuan diadakan gotong royong bertujuan untuk membersihkan kawasan surau dan bangunan KAFA.Ini dapat mengeratkan siraturahim antara ahli belia dan penduduk tmn berkenaan.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga semasa gotong royong ini.