Monday, February 15, 2010
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLASEPAK DENGAN PASUKAN JASIN LALANG
21/02/10 (Ahad) - Pasukan Bolasepak Tmn Panglima Pak telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Jasin Lalang Di Jasin,Melaka pada sebelah petang.
GOTONG ROYONG DI SURAU TAMAN PANGLIMA PAK
21/2/10 (Ahad) -Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak bersama Lembaga Surau Taman Panglima Pak telah mengadakan gotong royong di Surau dan di kawasan sekitarnya pada sebelah pagi.
Saturday, February 6, 2010
MAJLIS JAMUAN RAKYAT 1MALAYSIA BERSAMA PM DI PANTAI KLEBANG
4/02/10 Khamis - Persatuan Belia Panglima Bersatu Taman Panglima Pak telah menghantar ahlinya untuk menyertai Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Klebang malam tersebut.Majlis makan malam tersebut itu diadakan sempena meraikan lawatan pertama Najib ke negeri ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, April tahun lalu.Jika dijangka seramai 50,000 penduduk negeri ini akan menyertai majilis makan malam terbesar tersebut.Majlis itu bermula pada pukul 8 malam itu akan turut dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjuran makan malam terbesar yang pernah diadakan di negara ini.
Monday, February 1, 2010
KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB HJ GHAZALE
31/01/2010 (ahad) - Untuk makluman,Persatuan Belia Panglima Bersatu Tmn Panglima Pak telah menghantar 2 team pada kejohanan tersebut.
Saturday, January 30, 2010
MESYUARAT PERSATUAN KELAB KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) KAWASAN JASIN KE 1 TAHUN 2010
30/01/10 (Jumaat).Saudara Faizal dan saudara Anuar telah menghadiri Mesyuarat Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Jasin ke 1 di Balairaya Tanjung Labuh Tehel,Jasin,Melaka pada malam tadi.Mesyuarat bermula pada pukul 09.00malam.Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengerusi Kelab Kelab Gabungan di daerah Jasin.Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Saudara Zulhafni selaku Pengerusi Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Jasin.Turut hadir saudara Azman Pengerusi Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka.
Sunday, October 18, 2009
BICARA AGAMA - KISAH TELADAN (KISAH LIMA PERKARA ANEH)
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Friday, October 16, 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI
PADA : 17 OKTOBER 2009 (SABTU)
TEMPAT : DATARAN NELAYAN KG.SEMPANG
MASA : 8.45MALAM - 11.00MALAM
PADA : 17 OKTOBER 2009 (SABTU)
TEMPAT : DATARAN NELAYAN KG.SEMPANG
MASA : 8.45MALAM - 11.00MALAM
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN/PUAN/SAUDARA/SAUDARI DAPAT MENYERIKAN LAGI MAJLIS INI
ANJURAN
UMNO KG SEMPANG & J/KUASA PEMBANGUNAN NELAYAN KG.SEMPANG

PENGANJUR BERSAMA
PERSATUAN BELIA PANGLIMA BERSATU (MAYC) TMN PANGLIMA PAK
BELIA 4B KG SEMPANG
PAKAT KG SEMPANG
PAKAT TAMAN PANGLIMA PAK

Subscribe to:
Posts (Atom)